Saturday, July 28, 2012

Grindelwald

-Grindelwald salah satu tempat yang cantik pernah aku pergi.Terletak di tengah banjaran Alps,Switzerland.
-Disebabkan berada di tengah-tengah swiss,jadi nak pergi ke kawasan ini kena lalu kawasan gunung ganang        bersalji.
-Tempat ni memang famous dengan chalet ski.Tempat main ski dia lebih 2 km dari puncak gunung ke bawah.
-Harga nak masuk kawasan rekreasi salji dalam 20 euro seorang.
-Disebabkan dah main ski di verbier,aku main sledge je lah.
-Sledge lagi syiok sebenarnya.Lagi-lagi orang khatulistiwa macam kita ni,mana lah reti sangat main ski.
-Aku ulang alik main sledge tu 2 kali habis satu gunung aku kerjakan.
-Sledge ni permainan budak budak.tapi kat sana orang tua pun main.
-Di pertengahan jalan aku lepak sebentar tepi sungai.

*anak sungai di tengah gunung

 -Bermain dari pagi,tiba masa untuk solat.
-Aku dan kawan-kawan buat perangai kat Jordan lah bila tiada surau disediakan.Solat di public.
-Disebabkan rakyat switzerland kurang mesra dengan islam,ramai yang memandang pelik serta marah.
-Maaf lah aku dah cuba menyorok dah.

*snowshoeing bersama bayi

 -Ada satu pemandangan yang cantik sangat sangat waktu aku di puncak.Tapi dalam kamera dia nampak kurang cantik.
-Masuk dalam top 10 furqon's best scenery setakat ini :D

*the grindelwald's halves mountains*

-tajuk gambar itu aku saje bagi.
-ahhh kau tanya rindu tak nak pergi sana balik?
-jawapan: tak rindu

Monday, July 9, 2012

My Constantinople


"Throne of my lonely niche, my wealth, my love, my moonlight.
My most sincere friend, my confidant, my very existence, my Sultan, my one and only love. 
The most beautiful among the beautiful... 
My springtime, my merry faced love, my daytime, my sweetheart, laughing leaf... 
My plants, my sweet, my rose, the one only who does not distress me in this world... 
My Constantinople, my Caraman, the earth of my Anatolia 
My Badakhshan, my Baghdad and Khorasan 
My woman of the beautiful hair, my love of the slanted brow, my love of eyes full of mischief... 
I'll sing your praises always 
I, lover of the tormented heart, Muhibbi of the eyes full of tears, I am happy"



*this poem was written by Sultan Suleyman the Magnificient to his wife,Roxalenna

Saturday, May 26, 2012

-umrah ketiga-

-Cuti semester dah mula.
-masa 2 minggu cuti mesti di penuhi dengan benda2 menarik.
-balik malaysia memang tak berbaloi kalau cuti 2 minggu.
-jadi cuti ni aku pergi umrah kali ketiga.
~first umrah aku dulu pergi dari malaysia..emak belanja.pergi dengan agensi.
-best sebab pergi dengan family.lagipun umrah first tu first time pergi oversea.
-aku pergi pakej musim sejuk.so,bolehla melawat bandar al-ula.
-tempat kaum thamud.ukiran gua2 yang cantik,macam petra.
-cuma petra lagi besar,sebab dia metropolis.
-dapat juga naik gua hira',tempat nabi s.a.w bertahannuth.
-tinggi jabal nur tu,tak terbayang macamana saidatina khadijah yang mengandung
 ulang alik dari bawah ke atas untuk hantar makanan dekat nabi.

~second umrah aku pergi time first year..pergi ramai2 satu batch.
-best gila buat umrah dgn kawan2 satu tempat belajar.
-satu bas tu penuh batch aku sahaja.
-rasa macam rombongan budak sekolah..
-dari jordan ke saudi naik bas je.
-hahahh..rasa macam dekat kan.tapi perjalanan dari irbid,jordan ke madinah
 ambil masa 24 jam.
-bayangkan 24 jam duduk dalam bas.tapi memang berbaloi.mana mungkin dapat
 rasa pergi umrah naik bas kalau dari malaysia.
-harga pun murah.120JD sahaja = RM500.kalau dari malaysia average dalam rm5k.
-teringat waktu habis saei,nak bertahalul (potong rambut).kami bising sangat sebab
 happy sangat dah selesai satu umrah.
-siap kena marah dengan guard.dekat atas bukit marwah. :D

                                               
                                                                  *bercukur


                                                                  *luar masjid nabawi

-moga umrah kali ini lebih diberkati.
-niatnya nak pergi haji.tapi,tahun ini kuota dari jordan dikurangkan.
-3 kali umrah lebih baik dari sekali?









Thursday, May 24, 2012

-Reblogging-

-genap setahun atau hampir genap aku tak menulis blog.hahaa...
-mari cuba dengan penulisan blog gaya point.mudah di baca
-trend blog sekarang makin merundum.jadi ada eloknya blogging sekarang.
-bila orang dah tak baca blog sangat.jadi boleh la buat macam diari.
-sudah habis exam semester musim bunga.jadi eloklah tulis time2 begini
-rasanya aku nak update pasal pengalaman atau cerita-cerita random aku.
-tapi macam biasa.mesti jarang update juga.
-dan terima kasih untuk siti hawa sebab buatkan blog ni untuk aku 4 tahun yang lalu

Friday, May 6, 2011

tolon pilihkan


bulan jun cuti sebulan hoyeahh...mana best eh?

*london,england

*berlin,germany

*madrid,spain

*istanbul,turkey

*istanbul,turkey/athens,greece

atau ini?


*gombak,malaysia :p

Wednesday, April 27, 2011

Dar3a,syria

pintu masuk syria-jordan paling dekat dgn tempat aku..
5km dari universiti...sekaligus tempat keluar masuk pelajar malaysia untuk ke utara..
penduduk sana baik2 juga..pernah dapat makan free je kat sana...

sekarang mayat2 bergelimpangan kat situ..ditembak suka-suka.
semoga berjaya

*5km jarak..situasi berbeza

Friday, April 8, 2011

~cerita pendek 5~


tahukah anda?
polar pembentukan karies pada gigi seseorang..adalah warisan dari ibunya..bukan bapa nya..
kalau senyuman anda secantik colgate...itu pasti dari ibu
anda ~,~

*aku ada gaya dentist kan? :p